ABatriysia HNorbit
ABatrisyia HNorbit
about ME stuff link home skins twitter follow
Blogger music



credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Imissyou :)
Tuesday, 19 November 2013 | 16:20 | 0 comments

Dia yang dulunya selalu bersama aku. Di setiap bangun jatuh aku, di setiap gembira dan sedih aku, dia yang selalu bersama aku. Setahun bersama dia, semuanya aku lihat sempurna. Tiada apa lagi yang perlu aku sembunyikan tentang perasaan aku kerana aku tahu semua orang sudah sedia maklum bahawa hati aku terlalu menyayangi dia. Kadang-kadang aku tertanya sampai bila aku akan simpan perasaan ini didalam hati kecil aku, didalam kotak hati aku? Kalaupun tiada jawapan utk soalan itu, biarlahh aku simpan perasaan ini hingga suatu hari nanti Allah akan tarik perasaan ini terhadap dia. Selagi aku masih ada kudrat, masih mampu, aku akan terus sayang dia dan takkan pernah berhenti. Cukuplah sekali aku merasa perit melalui kehidupan ini jika tiada dia. Cukuplah sekali itu. Aku tahu, sebelum mengenali dia aku tak pernah gembira sebegini tetapi selepas mengenali dia aku rasa seolah olah semua ini sempurna. Aku tertanya-tanya kenapa aku rasa indah bila bersama dia. Mungkin jawapannya kerana aku sayang dia. Apa yang sedang hati aku katakana, tiada siapa pernah tahu, dengar dan faham. Cukuplah aku dan Allah sahaja yg tahu apa yg hati aku katakan. Kadang aku terfikir, apa agaknya reaksi dia kalau dia dapat mendengar kata hati aku. Hati aku sering kali menjerit nama dia, setiap saat, setiap minit memanggil dia. Walaupun hati aku kecil tapi perasaan sayang aku terhadap dia sangat-sangat besar. Alangkah bagusnya kalau aku dapat ungkap dengan kata-kata apa yg hati aku cakap. Sebelum mengenali dia, aku sudah bersedia utk menyayangi dia tapi lepas aku mengenali dia, dan sudah setahun mengenali dia, aku masih belum bersedia utk melupakan dia. Sesaat pun tidak pernah aku lupakan dia. Ketika tidur? Aku tidak melupakan dia kerana aku membawa dia utk bermain didalam mimpi aku, utk menemani tidur aku. Mungkin luaran aku kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh menyayangi dia tapi didalam hati aku, tak siapa tahu betapa sungguh-sungguhnya aku menyayangi dia dan betapa takutnya aku kehilangan dia. Aku teringat kenangan bersama dia, aku teringat macam mana aku dengan dia berkenalan. Aku teringat kali pertama aku lihat dia, tak pernah terlintas dihati aku, di kotak fikiran aku, dia akan menjadi orang terpenting dalam hidup aku. Aku takut, takut kehilangan dia. Bagi aku, dia berjaya menyempurnakan harian aku. Aku masih sayangkan dia, rindukan dia walaupun kini dia sudah pun gembira dan mempunyai pengganti :) biarlah aku simpan rasa ini, biarlah aku seorang yg merasa derita ini dan biarlah aku sahaja yg rasa dia orang menyempurnakan hidup aku. Cukuplah hanya dengan senyuman dia, itupun dapat membuatkan hati aku gembira dan sempurna.




Andai kata nanti aku akan pergi dahulu sebelum engkau pergi, izinkan aku meninggalkan pesan untuk kau. Ingatlah bahawa aku sentiasa menyayangi engkau. Tak kira apa jua yg telah aku lalui, perasaan itu takkan pernah pudar. Bila nanti aku dah tak ada, aku taknak lihat kau menangis, aku taknak kau titiskan arimata kau walaupun hanya satu titisan. Simpanlah setiap titisan airmata engkau untuk orang yang betul-betul telah membuat kau gembira lebih daripada apa yg telah aku lakukan. Kalau ketika itu, kau rindukan aku bisikkan di telinga aku bahawa kau merindui aku. Aku nak, kau simpan emua kenangan kita, gambar aku, phone aku, surat surat yg aku beri, nota kecil yg aku beri. Aku nak kau simpan semua itu dan bila kau rasa kau tak kuat utk simpan, datanglah ke rumah aku dan simpanlah semua itu didalam bilik aku. Aku janji aku akan sentiasa melihat kau tapi aku bukan lagi dibawah tau, bukan lagi didepan mata kau tapi aku di Atas :) Kau jangan sedih-sedih tau, sementara aku masih bernafas kau jangan risau sebab aku takkan pernah berhenti dari terus menyayangi kau. Awak? Cukuplah hanya dengan sekadar senyuman awak, itu sudah cukup membuat saya gembira. Awak kena jaga diri, awak kena ingat semua tu. Awak? Saya masih dekat sini, saya takkan pergi jauh dari awak. Walaupun sekarang awak dah tak ada dekat belakang saya utk sokong saya, saya selalu ada dekat belakang awak utk terus sokong awak. Saya sayang awak, ingat tu. Saya nak tengok awak bahagia, itu sahaja. Imissyou my little star, my Patrick, my Soulmate forever :)

Labels: