ABatriysia HNorbit
ABatrisyia HNorbit
about ME stuff link home skins twitter follow
Blogger music



credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Bestfriend
Thursday, 1 August 2013 | 14:56 | 0 comments

Assalammualaikum ;)

Sahabat? Memang, sangat sukar untuk kita jumpa seorang sahabat yg betul-betul akan bersama kita ketika kita sedih gembira dalam masalah. Mungkin sebelum dan sekarang ini kita ada kawan, ramai sangat kawan kita tapi adakah semua kawan kita akan sentiasa dengan kita ketika kita sedih gembira dalam masalah sakit atau segalanya? Tak semua kawan kita sentiasa bersama kita, mungkin dia ada sahabat yang lain. Kita kena ingat, bila ada seorang dari kawan kita yg sentiasa dengan kita ketika kita sedih gembira sakit atau dalam masalah, kita kena sentiasa dengan dia, hargai dia, kenang jasa dia. Mungkin dia tidak minta balasan tapi kita hargailah dia dengan sempurna. Hargai segala pengorbanan dia dengan kita. Bukan mudah untuk kita habiskan masa dengan kawan, hanya orang tertentu shj yg sanggup habiskan masa mereka utk mendengar masalah kawan, teman ketika kawan sedih, turut happy ketika kawan gembira. Pernah tak kita terfikir, apa agaknya perasaan kita bila sahabat kita pergi dulu meninggalkan kita untuk selamanya?

Berkawan bertahun-tahun tp akhirnya terpisah. Menghabiskan masa sama-sama, gembira sedih sakit masalah sama-sama tapi hanya kerana seseorang yg baru kita kenal, kita tinggalkan kawan kita, mesti kawan kita sedih, sakit hati, kecewa. Bukan mudah untuk kita selami hati seseorang, ia mengambil masa yang sangat lama. Setahun hingga dua tahun kita perlukan untuk mengenali seseorang. Mengenal hati budi dia, perangai dia, tp bila terpisah semua tu dianggap sampah. Sia-sia selama setahun hingga dua tahun berkenalan kalau akhirnya terpisah kerana seseorang yg baru shj kita kenal. Mungkin tiada jodoh tp kita perlu hargai dia. Sejahat manapun dia lepas kita terpisah dengan dia, kita kena sedar bahawa sebelum kita terpisah dengan dia, sebelum dia buat kita menangis, dia juga pernah buat kita happy, buat kita rasa tenang, teman kita ketika kita susah. Bukan susah untuk kita hargai seseorang. Kadang-kadang kerana hati kita, kita jd menyesal di kemudian hari. Kerana ego kita, kita hilang kesemuanya tanpa kita sedar. Memang susah untuk kita jd yg terbaik tp sekurang-kurangnya kita sudah mencuba untuk menjadi yg terbaik. Yg lain, kita serahkan pada Allah, tawakal.

Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya, kita kena sedar, kena tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita dan sentiasa memberikan yg terbaik utk kita. Ada sebabnya kenapa kita berjumpa dengan rakan kita, kenapa kita terpisah dengan rakan kita. Mungkin jawapannya belum lg kita nampak sekarang, tp percayalah suatu hari nanti kita pasti akan tahu kenapa semua ini terjadi. Mungkin Allah amik dia dan berikan kpd orang lain kerana Allah ingin gantikan yg baru yg lebih baik kepada kita. Hati kita memang sedih tp itulah lumrah kehidupan. Setiap manusia akan merasa kegembiraan, kesedihan. Semua itu akan dibalas. Mungkin sekarang kita hilang seoarang kawan, tapi siapa tahu esok lusa 2 - 3 orang Allah turunkan utk kita untuk menggantikan seoarang kawan kita yg pergi. Kita manusia, kita hanya merancang dan Allah yg menentukan. Kita hanya perlu berdoa dan terus berdoa agar Allah berjayakan apa yg kita rancang. Memang perit bila kita terpaksa melepaskan kawan kita pergi untuk orang yg dia pilih tp semua itu ada sebabnya. Mungkin cara kita tidak sebati dengan cara dia. Setiap manusia berbeza perwatakan. Berbeza citarasa. Mungkin kita bukan pilihan dia tp dia pilihan kita. Apa yg terbuku di dalam hati seseorang, tiada siapa yg tahu melainkan diri sendiri dan Allah S.W.T. Mulut kita akan sentiasa menipu tetapi hati kita akan sentiasa jujur. Jika setiap orang boleh mendengar kata hati orang lain, pasti kita akan menangis bila dengar kata hati kawan kita yg betul-betul sayangkan kita. Hati kita kecil tp dia boleh bercakap, menangis.

Bila kita jumpa kawan baru kita, kita mungkin akan cakap bahawa dia sahabat kita. Sebab apa? Sebab kita hanya ingin jaga hati dia sedangkan hati kita terluka, terluka kerana menahan sebak rindu akan kawan lama. Bila kita sendirian, dengar lagu yg mengingatkan kita kpd kawan kita, jauh di sudut hati kita, kita masih ingatkan dia masih sayangkan dia walaupun di dasar hati kita, kita sayangkan kawan lain. Apa yang ada di sudut hati kita, itulah dia orang yg paling kita rindu, kita sayang, kita harap ;)

Kisah :

Mereka berkawan hampir 2 - 3 tahun, mereka bersama. Kemana sahaja, mereka pasti bersama. Suatu hari si A terjumpa kawan baru. Si A dah mula renggang dengan B. A selalu dengan C, tapi B tak sedar akan perkara yg berlaku ini. B selalu tertunggu-tunggu si A untuk keluar bersama. Selepas beberapa hari A dengan C berkawan, A semakin lupa akan rakannya si B. Si B masih lg berlagak seperti tiada apa-apa berlaku padahal dalam hati si B, dia kecewa, sedih kerana si A lupakan dia. Si B tak putus asa, dia tetap menunggu si A. Suatu hari, si A mendiamkan diri dari si B. Si B terkilan tp ia terus mencari si A. Si A masih lg diam dan tidak memberi apa-apa tindak balas. Si B mula risau, mula rindu, mula gelisah tp dia tetap kuatkan hati utk terus mencari. Si B pergi ke rumah si A semata-mata untuk berjumpa si A. Si A tiak bersungguh-sungguh, dia seolah-olah ingin melarikan diri dari si B. Si B mula rasa janggal apabila menghantar pesanan ringkas atau menelefon si A. Tanpa si B tahu, sebenarnya si A dan si C sedang bahagia. Ketika ini, sebenarnya si B sudah tidak lg diperlukan. Si B terkilan kecewa sedih tp dia terus menunggu si A.

Dari sini kita boleh nampak, betapa besarnya pengorbanan seorang rakan yg betul-betul menyayangi rakannya. Orang yg sukar untuk berputus asa ialah orang yg betul-betul jujur dengan apa diperkatakan. Apa yg ada dihati dia, itulah yg diperkatakan oleh mulut dia. Sejahat manapun rakan kita, hargai dia selagi dia masih dengan kita, selagi dia masih boleh berbafas, selagi dia masih lg dapat tersenyum jika kita membuat lawak, masih lg dapat mendengar masalah kita. Bila satu hari nanti, kita tak sempat utk hargai rakan kita, beri yg terbaik utk dia, kita dah tiada masa lg. Kita dah kehabisan masa utk bersama dia. Ketika itu dia hanya boleh melihat kita dari atas. Ketika itu, gambar dia menjadi peneman kita. Dari situ kita akan rasa menyesal sebab tak dapat nak hargai dia, tak dapat nak ucap terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup kita membahagiakan kita. Rakan yg selalu mengukir senyuman di wajah kita. Rakan yg selalu mendengar masalah kita. Rakan yg selalu menolong kita apabila kita dalam kesusahan. Bukan sukar pun untuk kita ucap Terima Kasih pd rakan atau sahabat kita. Kalaulah hari ini hari terakhir kita dapat melihat wajah rakan kita, dapat mendengar suara dia, melihat gelak tawa ia, melihat gelagat dia, kita pasti akan rasa menyesal yg berpanjangan kalau kita tak menghargai dia. Sekarang, selagi kita masih ada masa, tak rugi untuk kita ucapkan terima kasih pd sahabat kita. Tak salah untuk kita mencium dahi rakan kita dengan ikhlas. Tiada siapa tahu, jika hari ini hari terakhir kita atau rakan kita. Gunakan kesempatan yg ada dengan sebaik mungkin. Kita mungkin tidak akan menapat kesempatan ini lg jika kita atau rakan kita pergi untuk selamanya. Ucapkanlah..

Shafeka Ezlyn, Farhana Nashitah, Farah Aquila, Puteri Diana, Amira Batrisyia, Nor Shaheila, Nor Padilah, Naziatul Nisha, Nurul Haryantie, Emylia Natasya, Sharifah Adlina terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan menjadi rakan aku yang terbaik. Tiada yg terbaik selain korang semua. Aku takkan pernah lupakan semua kenangan bersama. Walaupun kenangan yg hanya sepatah dua kata, ia sangat bermakna. Hanya dengan perkataan ''terima kasih'' kita menjadi satu keluarga yg akrab walaupun berbeza class tp kita semua masih lg bersatu hati. Kenangan acah-acah gaduh dengan Nana, kenangan aku dengan Mia jatuh depan rumah, kenangan sukan bersama dengan Yantie, kenangan pergi lawatan dengan Emy, kenangan belajar dekat meja belakang dengan Eika, kenangan jebeng dengan Eila dan Mia, kenangan berbuka puasa dengan Aquila, kenangan kacau kawan class dengan Dieyla, kenangan hantar kerja kursus dengan Nisha. Semua tu aku ingat, aku akan simpan dalam ingatan aku. Bila nanti seorang dari kita semua pergi untuk selamanya, kita akan tetap ingat dia sampai bila-bila. Kita semua ibarat satu keluarga, ibarat adik beradik. Terima kasih kawan-kawan ;)