ABatriysia HNorbit
ABatrisyia HNorbit
about ME stuff link home skins twitter follow
Blogger music



credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Inalillah
Tuesday 16 April 2013 | 17:18 | 0 comments

Semalam 15 April 2013 SKOMAS2 mendapat berita yg serious telah menggugurkan airmata warga sekolah. Ketika rehat yg kedua, warga pentadbir mendapat berita bahawa Tuan Syed Fauzi b. Syed Idris telah pulang ke Rahmatullah. Ketika itu tiada lain yg bermain dalam kotak fikiran aku, aku terus terduduk dan simpan semula duit sebab memang tak selera sangat nak makan, dengan airmata yg membasahi pipi. Arwah antara cikgu yg terbaik di SKOMAS2 yg pernah kami ada. Tiada lain yg dapat mengganti tempat beliau. Tiada lg gelak tawa dia, tiada lg nasihat dari dia. Semua tu membuatkan warga SKOMAS2 kecewa tp harus menerima bahawa dia telah tiada. Rasa macam baru saja berbual-bual dengan arwah semalam. Serious semalam hari yg paling agak teruk bagi kami sebab berita buruk itu. Ketika perhimpunan semua warga sekolah tak ceria. Kesemuannya senyap sunyi dan seolah-olah dapat merasa ada sesuatu yg akan berlaku. Aku terasa seolah-olah arwah berjalan utk pergi ke tempat duduknya di hadapan, seolah-olah dia ada dengan kita semua. Lepas mendapat berita tu, semua warga sekolah ke dewan utk sedekahkan yaasin kepada arwah. Ketika amik wudhu serious aku telah menjatuhkan airmata aku sebab sebak yg teramat. Rasa macam tak percaya tp ini semua ketentuan Illahi. Ketika membaca yaasin aku rasa seolah-olah dia ada dengan kita semua dekat dewan. Aku rasa seolah-olah dia datang utk melihat warga sekolah SKOMAS2. Ketika itu aku cuma dapat tahan airmata dan terus membaca yaasin. Paling terkejut apabila mendapat berita bahawa cikgu Salwa dari SMKPG1 itu ialah isteri kepada Allahyarham Syed Fauzi b. Syed Idris. Berkait-kait je kita semua kan? Pusing-pusing mesti terjumpa semula orang yg kita kenal. 

To arwah ; Tuan Syed? Kitaorang akan selalu rindu dekat cikgu. Kitaorang akan selalu mengingati cikgu. Cikgu? Lepasni dah takda lg lawak dari cikgu, dah takda lg nasihat dr cikgu. Cikgu? Cikgu tahu tak, ramai yg nangis bila dapat tahu cikgu pergi selamanya. Cikgu, cikgu pergi tinggalkan kami terlalu awal. Cikgu dan banyak tolong kita semua. Kita semua tahu, roh cikgu ada dekat dengan kita semuakan? Cikgu datang utk lihat kita semuakan? Kita semua tahu, cikgu sayang anak murid cikgu. Cikgu? Lepasni takda lagi dah yg nak command kawad kaki kadet polis, takda lg dah nak iring pengetua jalan utk lihat platun. Cikgu? Kita semua rindu cikgu. Harap kita semua dapat jumpa cikgu dekat Syurga, Insha-Allah. Kita semua harap cikgu tenang diSana. Harap cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Kami akan sentiasa mendoakan cikgu. Kami semua takkan melupakan jasa cikgu takkan melupakan semua kenangan bersama cikgu. Kami akan cuba mengharumkan nama sekolah kita. Terima kasih Tuan Syed Fauzi b. Syed Idris sebab sentiasa ada dengan kami ketika cikgu masih bernafas ;)

Setiap yg hidup pasti akan mati. Dan yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan. Sihat atau tidak itu bukan persoalan dan jawapan bg pemergian seseorang. Itu semua kerja Allah S.W.T. Kita hanya perlu menambahkan amalan sebanyak mungkin utk dibawa ke akhirat. Bila-bila masa saja Dia boleh ambil nyawa kita. Kita perlu bersedia. Semua yg hidup pasti akan mati.