ABatriysia HNorbit
ABatrisyia HNorbit
about ME stuff link home skins twitter follow
Blogger music



credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

SKSA again
Monday, 3 December 2012 | 01:23 | 0 comments

Harini 3 Disember 2012. Rasanya mcm aku demam lg, hmm tp apepun Assalamualaikum semua. Hope semua sihat sihat belaka. ya Allah hanya Kau saja yg tahu perasaan aku sekarang. Hancur remuk dan semua bersatu dalam hati aku. 

Semalam 2 Disember 2012 tarikh yg agak dapat buat aku senyum sampai ke telinge walaupun ia hanya benda kecik. Aku rindu, rindu sangat dekat die. Aku selalu harap satu hari nanti dia akan bace blog aku agar die tahu aku rindu die dan aku selalu bersabar untuk menanti saat tu. Dia telah baca salah satu entry aku tentang perasaan rindu aku terhadap dia. Syukur akhirnya dia tahu. Akhirnya aku dapat ukir senyuman yg penuh bermakna sebab selama ni aku banyak buat fake smile depan orang ramai. Bila terdengar lagu lagu kegemaran die berkumandang di radio aku rasa lain sangat. Rasa mcm dunia ni kosong, putih takde corak. Sampai sekarang aku masih sama dan masih tunggu die mcm dulu. Dalam dunia ni belambak kawan tp die juge yg aku tunggu. Kadang rasa mcm aku ni selfish tak bg peluang dekat orang untuk ganti tempat die sepenuhnya. Ade pengganti tu memang ada tp aku ni masih degil, tetap ingatkan dia. Aku tak tahu sampai bile aku kena simpan perasaan ni. Aku tak tahu bile perasaan rindu aku pd die nak mati. Setiap malam aku akan baca surat yg aku nak bg die mase jumpe dulu tp tertinggal dan setiap malam aku akan nangis ingat die. Bile aku rindu die, buatlah lawak mcm mane sekali pun, takkan terukir senyuman dekat muka aku. Dari gaya die, die seolah olah nak pergi jauh dari hidup aku. Kalau betul sangkaan aku, aku hanya mampu tersenyum melihat kebahagiaan dia. Kalau diberi peluang, aku hanya nak penuhi semua keinginan dia, in sha Allah. Kalau takde peluang, aku tetap ingin memenuhi keinginan dengan cara tanpa die ketahui. Aku harap setiap masa yg aku rindu dia, dia dapat rasa. Dan aku harap dia dapat rasa tangisan aku dr jauh. Aku akan tetap tunggu dia sampai akhir nafas aku. Dia sahabat selamanya bg aku ;)